Followers

Monday, November 16, 2015

ISU TANAH DARI PERSPEKTIF PEMAJU


Assalammualaikum semua..

Dh lama rasanya blog nie sunyi sepi kan? Mintak maaf sebab lmbat update..Sejak kebelakangan nie busy memanjang..tpi korang jangan risau kami  still akan kongsi apa yang kami rasa boleh dikongsi bersama..oke?..Untuk kali nie, saya akan menceritakan tentang isu tanah dari perspektif Pemaju Hartanah..mesti korang tertanya-tanya kan apa kaitan dengan kos pentadbiran tanah nie??Kalau korang nak tahu sebagai seorang pentadbir, of course lar kita pasti akan collaborate dengan pemaju..Pendek kata kita dengan pemaju dalah kawan kita..Apa2 yang ingin dilakukan oleh pemaju pasti akan dirujuk kepada kita..so nampak tak di situ kos kita sangat hebat..klu x dak kita susah untuk membangunkan sesuatu pembangunan. Huhu..Sekarang kita beralih semula kepada isu tanah pada masa sekarang..Semua mesti dah tahu kan  tanah itu sangatlah terhad..so sebagai pemaju banyak cabaran dan halangan yang perlu mereka hadapi..Diantaranya ialah:

Ø  Lokasi tanah yang tidak sesuai

Ø  Saiz tanah yang kecil yang memerlukan cantuman

Ø  Kesukaran menyatukan pemilik tanah

Ø  Pemilikan tanah yang bermasalah
Oleh kerana terdapatnya isu-isu seperti di atas, susah sebagai seorang pemaju untuk membangunkan sesuatu projek di kawasan-kawasan yang tertentu.

Dari segi keperluan tanah dalam konteks ekonomi pulak, didapati Tanah Rizab Melayu banyak tidak diusahakan secara progresif.Dalam erti kata yang lain,tanah tersebut dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. Kebanyakan pemilik tanah tiada kesedaran, pendedahan dan ilmu untuk membuat sesuatu di atas tanah tersebut..Sekiranya, mereka tanah tahu tanah itu sangatlah bernilai, mereka akan tahu bagaimana untuk usahakan tanah tersebut untuk generate income . Seterusnya, pada zaman sekarang, peningkatan kos pembangunan projek hartanah sangatlah tinggi..Oleh itu, sebagai pemaju sukar untuk mereka untuk membangunakan sesuatu pembangunan kerana kebanyakannya tidak menguntungkan mereka semula..Hal ini kerana supply lebih tinggi daripada demand.. Tidak dinafikan realitinya permintaan rumah kediaman daripada masyarakat sanagtlah tinggi tetapi apabila kos yang meningkat, nilai harta tanah tersebut sangatlah tinggi. Penghuni tidak mampu untuk membeli atau menyewa rumah tersebut dan akibatnya supply akan lebih tinggi daripada demand.

 Apabila bercerita soal nilai harta tanah yang agak tinggi nie, saya teringat semasa saya pergi ke Konvokesyen tanah pada tahun lepas, seorang pemaju itu ada memberi cadangan why not kita bangunkan sesuatu rumah kediaman yang di dalamnya kosong sahaja..Dalam erti kata yang lain, klien hanya beli rumah tersebut tnpa apa2 kemasan di dalam rumah tersebut..Hal ini kerana, kemasan dan maintenance di dalam rumah itu yang menyebabkan nilai harta tanah tersebut adalah mahal..Kalau kita sendiri pown yang sudah mempunyai rumah dan ingin menambah apa-apa kemasan di dalam rumah,sudah tentu pelbagai prbelanjaan yang perlu kita tanggung..Begitu jugalah dengan rumah ingin  dibangunkan.. So apabila wujudnya rumah kosong ini ia akan meringankan beban klien untuk memiliki rumah tersebut..Jikalau dia ingin tambah rumah itu, semua kos pebelanjaan untuk next renovation adalah tangungan dia sendiri..Janji dia sudah memiliki rumah tersebut..Jika difiirkan balik, ada betulnya..Jadi, tidak wujudlah isu nilai harta tanah yang mahal..

 

Di sini saya ingin selitkan jugak BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN SEBELUM RUMAH BOLEH DIJUAL DALAM PROSES PEMAJUAN


 



Apabila kita lihat semua perbelanjaan yang diperlukan untuk sesuatu pembangunan itu, kita boleh lihat k pemaju hanya mendapat sedikit keuntungan sahaja..so fikir-fikirkan lar erkh..oke lar dah nak masuk azan magrib dah pown..nanti saya dan kawan-kawan akan update lagi..Nantikan..jangan pernah jemu membaca blog kami nie..macam-macam input yang korang akan dapat..InsyaAllah apa yang kami tahu kami akan cuba kongsikan..Oke..bye

                                                                                                                         Ditaip oleh Nurina Busyra

1 comment:

  1. Assalam..

    Saya refer senarai bayaran yang perlu dijelaskan sebelum jual rumah.
    Ni khas untuk pemaju ke? ooo ok bila tengok pada cukai tanah, senarai ini untuk sebiji rumah. tapi premium tanah bukan tanggungan individu tapi developer kan. sbb bukan pembeli yang apply tanah utk bina rumah tu, pembeli just beli tanah from developar aja.
    Kadar premium RM 400 tu dikira untuk individu atau the whole development?

    ReplyDelete