Followers

Saturday, December 5, 2015

Road To Sime Darby (R2SD)

Assalamualaikum semua. 

Okay, untuk entry kalini saya nak share dengan korang program paling last yang dianjurkan oleh LADS. LADS ni stand for Land Administration and Development Society yang mana merupakan kelab program Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah). Kiranya once the student daftar masuk course LAD ni, secara automatik dia merupakan ahli kelab LADS. Haa. Camtuh !

Alright, back to R2SD. Program ni diterajui oleh Saudara Mohamad Zubir Bin Mamat, pelajar tahun 3. Saudara Zubir ni saya memang tabik spring la kat dia. Otak bergeliga. Bijak sangat. *nangess*  HAHAHA. Memandangkan Saudara Zubir ni merupakan salah seorang pemegang biasiswa Yayasan Sime Darby, dia pun mainkanlah peranan dia untuk bawa kami, ahli kelab LADS ni untuk lebih kenal Sime Darby ni. 

Seriously, this program is awesome. Totally awesome ! Sebab dapat belajar banyak benda. Dapat tahu pasal Yayasan Sime Darby. Dapat tengok betapa menariknya township yang Sime Darby Property bangunkan. Cantik kot Denai Alam Township tu. 

Mostly yang paling best ialah dapat tengok sikit-sikit macamana cara kerja after graduate nanti. Fyi, pegawai Sime Darby Property tu cakap graduate LAD ni ada market besar. Tapi itulah. Its depends on yourself. Macamana cara you all bawa diri. Kalau pandai dalam kelas je tapi tak pandai communication, tak boleh jugak. Kalau boleh communicate tapi takde ilmu pun tak boleh jugak. Kena balance dua-dua tau. 

Yang paling penting, pegawai Sime Darby Property, Encik Zulkarnain pesan, "JANGAN ASYIK SALAHKAN ORANG LAIN, SEMUA ORANG SALAH. TERMASUKLAH DIRI KITA SENDIRI". 

Lepas satu hari dah dengar talk, sebelum balik UTMJB, kami semua pergi cabar diri masing-masing pergi panjat Bukit Broga. Awesome sangat ! 

 
FAHIN di Denai Alam Idea House
 
 
1312ft above sea level yaw !
 

Ditaip dengan penuh kesabaran oleh FarizanHaji Mohamad

Monday, November 16, 2015

ISU TANAH DARI PERSPEKTIF PEMAJU


Assalammualaikum semua..

Dh lama rasanya blog nie sunyi sepi kan? Mintak maaf sebab lmbat update..Sejak kebelakangan nie busy memanjang..tpi korang jangan risau kami  still akan kongsi apa yang kami rasa boleh dikongsi bersama..oke?..Untuk kali nie, saya akan menceritakan tentang isu tanah dari perspektif Pemaju Hartanah..mesti korang tertanya-tanya kan apa kaitan dengan kos pentadbiran tanah nie??Kalau korang nak tahu sebagai seorang pentadbir, of course lar kita pasti akan collaborate dengan pemaju..Pendek kata kita dengan pemaju dalah kawan kita..Apa2 yang ingin dilakukan oleh pemaju pasti akan dirujuk kepada kita..so nampak tak di situ kos kita sangat hebat..klu x dak kita susah untuk membangunkan sesuatu pembangunan. Huhu..Sekarang kita beralih semula kepada isu tanah pada masa sekarang..Semua mesti dah tahu kan  tanah itu sangatlah terhad..so sebagai pemaju banyak cabaran dan halangan yang perlu mereka hadapi..Diantaranya ialah:

Ø  Lokasi tanah yang tidak sesuai

Ø  Saiz tanah yang kecil yang memerlukan cantuman

Ø  Kesukaran menyatukan pemilik tanah

Ø  Pemilikan tanah yang bermasalah
Oleh kerana terdapatnya isu-isu seperti di atas, susah sebagai seorang pemaju untuk membangunkan sesuatu projek di kawasan-kawasan yang tertentu.

Dari segi keperluan tanah dalam konteks ekonomi pulak, didapati Tanah Rizab Melayu banyak tidak diusahakan secara progresif.Dalam erti kata yang lain,tanah tersebut dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. Kebanyakan pemilik tanah tiada kesedaran, pendedahan dan ilmu untuk membuat sesuatu di atas tanah tersebut..Sekiranya, mereka tanah tahu tanah itu sangatlah bernilai, mereka akan tahu bagaimana untuk usahakan tanah tersebut untuk generate income . Seterusnya, pada zaman sekarang, peningkatan kos pembangunan projek hartanah sangatlah tinggi..Oleh itu, sebagai pemaju sukar untuk mereka untuk membangunakan sesuatu pembangunan kerana kebanyakannya tidak menguntungkan mereka semula..Hal ini kerana supply lebih tinggi daripada demand.. Tidak dinafikan realitinya permintaan rumah kediaman daripada masyarakat sanagtlah tinggi tetapi apabila kos yang meningkat, nilai harta tanah tersebut sangatlah tinggi. Penghuni tidak mampu untuk membeli atau menyewa rumah tersebut dan akibatnya supply akan lebih tinggi daripada demand.

 Apabila bercerita soal nilai harta tanah yang agak tinggi nie, saya teringat semasa saya pergi ke Konvokesyen tanah pada tahun lepas, seorang pemaju itu ada memberi cadangan why not kita bangunkan sesuatu rumah kediaman yang di dalamnya kosong sahaja..Dalam erti kata yang lain, klien hanya beli rumah tersebut tnpa apa2 kemasan di dalam rumah tersebut..Hal ini kerana, kemasan dan maintenance di dalam rumah itu yang menyebabkan nilai harta tanah tersebut adalah mahal..Kalau kita sendiri pown yang sudah mempunyai rumah dan ingin menambah apa-apa kemasan di dalam rumah,sudah tentu pelbagai prbelanjaan yang perlu kita tanggung..Begitu jugalah dengan rumah ingin  dibangunkan.. So apabila wujudnya rumah kosong ini ia akan meringankan beban klien untuk memiliki rumah tersebut..Jikalau dia ingin tambah rumah itu, semua kos pebelanjaan untuk next renovation adalah tangungan dia sendiri..Janji dia sudah memiliki rumah tersebut..Jika difiirkan balik, ada betulnya..Jadi, tidak wujudlah isu nilai harta tanah yang mahal..

 

Di sini saya ingin selitkan jugak BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN SEBELUM RUMAH BOLEH DIJUAL DALAM PROSES PEMAJUAN


 



Apabila kita lihat semua perbelanjaan yang diperlukan untuk sesuatu pembangunan itu, kita boleh lihat k pemaju hanya mendapat sedikit keuntungan sahaja..so fikir-fikirkan lar erkh..oke lar dah nak masuk azan magrib dah pown..nanti saya dan kawan-kawan akan update lagi..Nantikan..jangan pernah jemu membaca blog kami nie..macam-macam input yang korang akan dapat..InsyaAllah apa yang kami tahu kami akan cuba kongsikan..Oke..bye

                                                                                                                         Ditaip oleh Nurina Busyra

Thursday, November 12, 2015

TRAGEDI TANAH RUNTUH

Assalamualaikum guyss..

kami nak cerita ni.. korang tau tak pasal tanah runtuh dekat highway Karak hari tu? Mesti semua rasa risaukan?

11 November 2015- tragedi tanah runtuh dekat Jalan Lentang-Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam. Masa tu semua dinasihatkan guna lalulan alternatif  Kuantan keluar kepersimpangan Bentong manakala dari KL keluar ke persimpangan Genting Sempah.

Alhamdulillah masa tu tak ada yang alami kemalangan jiwa atau harta benda.

Jadi, sebelum kita mulakan perjalanan kita kena lah selidik dulu jadual perjalanan semasa untuk elakkan kemalangan. ingat pesanan tu :)

Kita hanya mampu merancang, ALLAH yang tentukan.
jangan lupa hati-hati semua :)
 


 

Taip tak laju, tak jugak terkedek-kedek,
Haniesya & Zahidah...

Sunday, November 1, 2015

Sifat-sifat Harta Tanah Di Malaysia

Assalamualaikum n hai semua!!!

hari ni kita bertemu lagi guys......
mhmmm kita nak sembang tentang topik apa ehh....
let me think first.....

ok kami akan menceritakan tentang Sifat Harta Tanah Di Malaysia yang Perlu Diprihatinkan.

1. pegangan kekal vs pegangan pajakan.

rasa-rasanya apa yang korang faham bila baca tajuk ni?? mesti semua nya tak pernah tahu kan??? ok tanah pegangan kekal ini ialah dimiliki oleh pembeli. tanah ini kekal untuk selama-lamanya.

Pegangan pajakan pula ialah dimiliki oleh negeri dan dipajakkan kepada pemilik untuk beberapa tahun. yang pasti, pegangan kekal biasanya lagi mahal dari pegangan pajakan.

2. Penggunaan tanah

haaa mesti korang tertanya-tanya penggunaan tanah ini apa. Ok dia ada macam-macam jenis tanah yang diluluskan. Antaranya adalah kediaman, komersial campuran, pertanian, dan perindustrian.


Jadi sebelum korang nak beli tanah, korang kena la tahu dulu sifat-sifat tanah. Tanah yang paling ok ialah tanah bermilikan kekal. itu sahaja.
ok guys kami rasa setakat ini saja. kalau lebih-lebih nanti korang tak faham pulak. ok kita akan bertemu lagi. Byeeeeee.


zahidah& haniesya.
peace yoo :)

Friday, October 30, 2015

PENERANGAN SUBJEK SEMESTER 1



Assalammualaikum…
Semua sihat-sihat belaka?? First of all,thank  u sebab sudi jadi pengunjung untuk blog kami nie..Agak-agak lar kan apa lar yang saya akan update untuk post kali nie..Untuk pengetahuan, semua mesti kurang jelas lagi kan  apa itu kos pentadbiran dan pembangunan tanah?..Kalau korang nak tahu,  kos nie sangat menarik dan kos nie hanya ada di Universiti Teknologi Malaysia sahaja..Selalunya mesti semua familiar dengan kos pengurusan tanah kan? Sebelum saya masuk kos nie pown saya tertanya-tanya apa yang saya akan belajar..Tapi…, bila saya dah menyelami semua subjek-subjek dalam kos nie ternyata memang fantastic dan fun..Let’s me explain setiap subjek :

SGHL 1012 : Introduction to Land Administration
Subjek nie korang akan tahu apa itu sebenarnya pentadbiran tanah. Selalunya korang mesti terpikir kalau pentadbiran tanah ja mesti  korang akan bayangkan nanti graduate confirm-confirm lar kerja dekat Pejabat tanah.. Memang tidak dinafikan ia memang benar tapi apabila korang  selami subjek nie korang akan nampak skopnya sangat meluas..Tanah ini meliputi semua termasuklah permukaan bumi, bawah permukaan bumi, tumbuh-tumbuhan semulajadi, segala benda yang bercantum dengan bumi dan tanah yang diliputi air.Pelbagai pekerjaan yang korang akan ceburi bila korang ada ilmu tentang tanah.Percaya atau tidak manusia tidak akan hidup kalau tiada tempat tinggal untuk berteduh,tempat untuk bercucuk tanam, pembangunan dan lain-lain lagi tanpa adanya tanah..Zaman sekarang nie plak orang semakin bertambah, tapi tanah dari dulu sampai sekarang tetap sama kuantitinya..Jadi kalau ramai orang, sudah pasti lar kita memerlukan pentadbir tanah untuk menguruskan isu berkaitan dengan tanah.. Siapakah orang itu?? Sudah pastilah pentadbir-pentadbir tanah.

SGHL 1022 : Malaysia Legal System
Let’s know deeply into this subject..
Malaysia Legal System atau lebih dikenali sebagai Sistem Perundangan Malaysia merupakan satu- satu subjek yang memerlukan kefahaman dan penghafalan. Nama pun undang-undang.. Awal-awal belajar kos nie ingatkan akan belajar undang-undang mengenai tanah sahaja tetapi jangkaan saya dan rakan-rakan adalah salah sama sekali.Ternyata kami kena belajar  undang-undang daripada peringkat awal termasuklah undang-undang kontrak, undang-undang sivil, tort dan sebagainya.Waktu korang belajar subjek nie korang akan rasa korang sudah seperti seorang peguam sebab korang akan gunakan kes untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Kalau korang nak tahu lebihnya kos pentadbiran tanah dan pengurusan harta tanah adalah dari segi undang-undang..Kos pentadbiran tanah nie banyak go deeply about law.  Boleh dikatakan Buku Kanun Tanah Negara  1965 akan menjadi kawan kita sampai akhir sem..Kalau korang masuk sem 3, korang akan explore setiap seksyen dalam buku KTN nie..Untungnya belajar subjek nie apabila korang faham setiap  seksyen dalam KTN dan, korang akan nampak pelbagai undang-undang yang ditetapkan di dalam tanah.. Maksudnya dekat sini, setiap sesuatu yang ingin kita bangunkan di atas tanah, perlu merujuk buku ini. Jika korang langgar syarat-syarat yang telah diperuntukkan korang  akan disaman atau dikenakan apa-apa tindakan.

SGHL 1043 : Building technology
Subjek ini sangat fun dan interest..Kalau korang nak tahu belajar subjek  nie pelbagai persoalan yang yang berkaitan dengan pembangunan akan terjawab..
Persoalan pertama: Bagaimana sesuatu bangunan itu dibangunkan?
Persoalan kedua : Bagaimana untuk menentukan bahan yang sesuai untuk digunakan untuk membuat sesuatu pembangunan itu?

Persoalan ketiga : Bagaimana pula untuk menentukan kemasan di dalam bangunan tersebut..

Jika tadi korang merasakan korang seorang peguam sekarang korang akan merasa korang seorang engineer plak..Apabila korang belajar subjek nie korang akan diberikan assignment iaitu korang perlu ke satu tapak lokasi pembangunan  untuk meninjau proses2 sebelum, semasa, dan selepas mendirikan sesuatu bangunan tersebut.. Contohnya korang dapat tengok bagaimana cerucuk ditanam di bawah tanah, bahan-bahan yang digunakan untuk menguatkan lagi bangunan tersebut dan lain-lain lagi..

SGHL 1033 :Principle and Methods Of Valuation

Peguam sudah, engineer pown sudah sekarang korang akan merasakan diri korang menjadi seorang penilai plak..Subjek nie banyak melatih saya dan rakan-rakan untuk berkomunikasi dengan orang..nak tahu sebab apa?sebab utamanya banyak assignment ke arah kerja luar..Awal-awal sem lagi kami sudah didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan inspection rumah,bangunan,kedai-kedai dan lain-lain lagi..Walaupun dalam seminggu tu berapa kali kena keluar untuk dapatkan maklumat property tapi moment itu lar yang paling best..Kalau semua nak tahu, waktu  membuat inspection dan penilaian sesuatu property tu, kita akan merasa diri kita nie seorang yang professional sebenarnya sebab kena bergaul dengan orang atasan. Selain itu saya dan rakan-rakan juga belajar bagaimana untuk menganggarkan nilai sesuatu harta tanah itu dengan menggunakan method-method yang berbeza. Untuk pengetahuan semua, kalau korang memang terror subjek nie korang boleh menjadi penilai yang berdaftar di bawah Board of Valuer.

Okay guys rasanya itu sahaja kowt yang saya dapat kongsikan dengan anda semua..

Masuk u confirm anda takkan serabai

K lar baiiiiiiiiiiiii…..

   


                                                                                   Ditaip time hujan turun oleh Nurina Busyra

Friday, October 23, 2015

Sarjana Muda Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) di Universiti Teknologi Malaysia


Assalamualaikum semua.

Macamana harini ? Harini ramai yang cuti kan ? Yang kat Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dah confirm-confirm hari Jumaat cuti. Yang kat negeri lain tu pulak, adik-adik yang bersekolah pun kebanyakannya masih lagi cuti sebab jerebu. Pasal jerebu ni, saya tak tahu nak bagi comment macamana. Tapi takpe la. Jerebu ni pun salah satu ujian daripada Allah SWT. Jangan merungut okay ? 

Okay, harini saya nak perkenalkan kat korang semua tentang ijazah Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) di UTM. Korang pernah ke dengar pasal kewujudan program ni ? Seriously cakap, dulu sebelum dapat offer program ni, memang tak pernah dengar langsung pasal pentadbiran dan pembangunan tanah. Masa buat permohonan UPU tu, kakak saya yang suruh saya apply program ni. Saya ikut je la bila nampak perkataan pentadbiran tu sebab saya memang target nak kerja kat office, taknak guna banyak fizikal sangat sebab saya ada masalah kesihatan. Tapi tu la, Allah Maha Kaya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Nak tahu kenapa saya cakap macam tu ? Sebab, jangkaan tentang program pentadbiran dan pembangunan tanah ni cuma belajar kat kelas, tak guna banyak pergerakan fizikal tu semua adalah SALAH SAMA SEKALI. Semester pertama dah dapat assignment tentang proses pembinaan kawasan perumahan, kena turun site apa semua. HAHAHA. Tapi, seriously walaupun penat, pengalaman tu sangat berharga. Alhamdulillah.

Back to the topic, Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) ataupun secara singkatannya dipanggil LAD oleh warga UTM merupakan salah satu program yang ditawarkan di Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah di bawah seliaan Jabatan Harta Tanah. Di bawah Jabatan Harta Tanah, ada dua program yang ditawarkan. Pertama, Land Administration And Development yang saya tengah terangkan sekarang dan satu lagi program Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah). Dua program ini mempunyai perbezaan yang in shaa Allah saya atau kawan-kawan saya yang lain akan terangkan dalam entry yang akan datang. 

Antara sub-diciplines yang covered by this programme ialah :

1) Property Development
2) Property Valuation
3) Property Marketing
4) Property Investment
5) Property Economies

Untuk peluang pekerjaan pulak, programme ni mempersiapkan mahasiswa untuk bekerja dalam sektor awam, sagensi kerajaan dan sektor swasta.

SEKTOR AWAM

  1. Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah
  2. Pendaftar di Pejabat Tanah dan Galian Negeri
  3. Bahagian Pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  5. dan mana-mana jawatan lain di peringkat persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  6. Organisasi dan agensi lain yang kebiasaannya menggaji graduan Land Administration termasuklah agensi yang terlibat secara langsung dalam penilaian dan Bahagian Servis Harta Tanah, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Pihak Berkuasa Tempatan
AGENSI KERAJAAN

  1. Urban Development Agency (UDA)
  2. Regional Development Authority (RDA)
  3. State Economic Development Corporation (SEDC)
  4. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  5. Lembaga Urusan & Tabung Haji
  6. FELDA
  7. FELCRA
  8. Dan mana-mana agensi yang mempunyai bahagian spesifik yang berkaitan dengan bidang pentadbiran dan pembangunan tanah.
SEKTOR SWASTA

  1. Pemaju Harta Tanah
  2. Konsultan Harta Tanah
  3. Institusi Kewangan
  4. mana-mana yang berkaitan.

Okay, sekarang kita dah tahu tentang peluang pekerjaan dalam bidang LAD. Saya nak bawa anda semua lebih faham apa yang mahasiswa/i LAD ni belajar sepanjang 8 semester pengajian pulak.

YEAR 1

SEMESTER 1

SGHL 1012     - Introduction to Land Administration
SGHL 1022     - Malaysia Legal System
SGHL 1043     - Building Technology
SGHL 1033     - Principles and Method of Property Valuation
UICI   1012     - Islamic and Asian Civilization
UHAS 1172    - Malaysia Dynamics
Total Credits : 16

SEMESTER 2

SGHL 1063     - Contract, Agency and Torts Law
SGHL 1073     - Investment Valuation
SGHL 1083     - Surveying and Computation
SGHL 1093     - Town and Country Planning
ULAB 1112    - English For Academic Communication
UHAS 2122    - Critical and Creative Thinking
UKQ* 1**1    - Co-curriculum I
Total Credits : 17


YEAR 2

SEMESTER 1

SGHL 2113     - Applied Valuation
SGHL 2123     - Property Management
SGHL 2133     - Real Estate Law
SGHL 2102     - Computer Application in LAD
SGHL 2143     - Database System and Management
UICI   2022     - Human, Technology and Science
UHAS 2**2    - UHAS Elective
Total Credits : 18

SEMESTER 2

SGHL 2153     - Property Taxation
SGHL 2173     - Building Law & Regulation
SGHL 2163     - Building Services and Maintenance
SGHL 2183     - Cadastral Studies
SGHL 3242     - Accounting and Financing Management
ULAB 2112    - Advanced English for Academic Communication
UKQ* 1**1    - Co-Curriculum II
Total Credits : 17


YEAR 3

SEMESTER 1

SGHL 3203     - Real Estate Marketing Agency
SGHL 3233     - Land Acquisiton & Compensation
SGHL 3212     - Land Development Practices
SGHL 3193     - Urban Land Economics
SGHL 3223     - GIS and Spatial Analysis
ULAB 3**2     - ULAB English (Elective)
Total Credits : 17

SEMESTER 2

SGHL 3259     - Industrial Training - Practical
SGHL 3263     - Industrial Training - Seminar
Total Credits : 12


YEAR 4

SEMESTER 1

SGHL 4273     - Development and Investment Appraisal
SGHL 4283     - Statistics and Data Analysis
SGHL 4293     - Housing Development LAw
SGHL 4302     - Undergraduate Project I
SGHL 4**3     - Elective 1
SGHL 4**3     - Elective 2
Total Credits : 17

SEMESTER 2

SGHL 4323     - Ethics & Professional Practice
SGHL 4333     - Litigation and ADR
SGHL 4314     - Undergraduate Project II
SGHL 4**3     - Elective 3
SGHL 4**3     - Elective 4
UHAS 3012    - Entrepreneurship & Enterprise Development
Total Credits : 18

OVERALL TOTAL : 132 Credits


List Of Elective Courses

SGHL 4503     Project Management
SGHL 5413     Corporate Land Management
SGHL 4523     Property Finance
SGHL4533      Rural & Regional Planning
SGHL 4543     Sustainable Development
SGHL 4553     Islamic Land Law
SGHL 4563     Environmental Management
SGHL 4573     Tenancy Law
SGHL 4583     Administrative Law
SGHL 4593     Environmental Geology
SGHL 4603     Law of Succession
SGHL 4613     Marine Cadastre

Okay guys, untuk harini ni je la kot yang sempat saya share. In shaa Allah, i'll update another entry soon. Kalau saya tak update, kawan-kawan saya akan update untuk you all. Anything nak tanya, you guys boleh tanya kat chatbox FAHINsembang kat sebelah atau emailkan kepada kami fahinjourney@gmail.com

See ya !



Ditaip laju-laju oleh FARIZAN HAJI MOHAMAD

Wednesday, October 21, 2015

LAD by FAHIN

Bismillahirrahmanirahim.

Line Maxis Line Celcom,
Hai Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya terbina juga laman blog kami yang kami namakan sebagai LAD by FAHIN. Pada awalnya, kami diminta untuk membina laman blog ini untuk assignment kursus Aplikasi Komputer Dalam Pentadbiran Tanah oleh pensyarah kami, Dr Robiah Binti Suratman. Tapi, bila kami fikirkan semula, kami setuju bahawa ini adalah salah satu platform terbaik untuk kami dedahkan kepada masyarakat tentang apa itu Land Administration And Development. 

Okay guys, for your information, kami merupakan mahasiswi tahun dua Sarjana Muda Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) Universiti Teknologi Malaysia. 

Mungkin pengetahuan kami masih lagi terbatas, tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk belajar dan terus belajar dan seterusnya kongsikan apa yang kami pelajari di sini, untuk anda semua.

Okay, one more, we like to share a little bit info about ourself. Actually, FAHIN stand for initial of our nickname. Our gang consist of five beautiful, cute, joyful, happy go lucky and 'crazy' girl. 

F -Farizan
A - Ameza
H - Haniesya
I - Ida
N - Nurina

Tapi untuk kursus ni, Ameza tak ambil kursus sebab dia dapat transfer credit. Ameza ni bekas student diploma ukur Politeknik Ungku Omar. Ameza ni dah tua dah. Entah-entah esok lusa dia nak kahwin dah. HAHAHA. Okay, mengarut dah !

Back to the topic, disebabkan Ameza tak join kursus, tinggal la kami berempat. Tapi kami still nak guna nama FAHIN tu sebab tu ibarat simbol persahabatan kami. Ececeeee.

Blog ni akan diselia oleh keempat-empat ahli kumpulan kami, di mana di setiap post kami akan nyatakan siapa yang post entry tersebut. 

Stay tune, guys !

OKAY GO !

Till we meet again in the next entry. Muah ciked !


Our awesome lecturer,
Dr Robiah Binti Suratman


FARIZAN


ZAHIDAH & NURINA


HANIESYA