Followers

Friday, October 30, 2015

PENERANGAN SUBJEK SEMESTER 1



Assalammualaikum…
Semua sihat-sihat belaka?? First of all,thank  u sebab sudi jadi pengunjung untuk blog kami nie..Agak-agak lar kan apa lar yang saya akan update untuk post kali nie..Untuk pengetahuan, semua mesti kurang jelas lagi kan  apa itu kos pentadbiran dan pembangunan tanah?..Kalau korang nak tahu,  kos nie sangat menarik dan kos nie hanya ada di Universiti Teknologi Malaysia sahaja..Selalunya mesti semua familiar dengan kos pengurusan tanah kan? Sebelum saya masuk kos nie pown saya tertanya-tanya apa yang saya akan belajar..Tapi…, bila saya dah menyelami semua subjek-subjek dalam kos nie ternyata memang fantastic dan fun..Let’s me explain setiap subjek :

SGHL 1012 : Introduction to Land Administration
Subjek nie korang akan tahu apa itu sebenarnya pentadbiran tanah. Selalunya korang mesti terpikir kalau pentadbiran tanah ja mesti  korang akan bayangkan nanti graduate confirm-confirm lar kerja dekat Pejabat tanah.. Memang tidak dinafikan ia memang benar tapi apabila korang  selami subjek nie korang akan nampak skopnya sangat meluas..Tanah ini meliputi semua termasuklah permukaan bumi, bawah permukaan bumi, tumbuh-tumbuhan semulajadi, segala benda yang bercantum dengan bumi dan tanah yang diliputi air.Pelbagai pekerjaan yang korang akan ceburi bila korang ada ilmu tentang tanah.Percaya atau tidak manusia tidak akan hidup kalau tiada tempat tinggal untuk berteduh,tempat untuk bercucuk tanam, pembangunan dan lain-lain lagi tanpa adanya tanah..Zaman sekarang nie plak orang semakin bertambah, tapi tanah dari dulu sampai sekarang tetap sama kuantitinya..Jadi kalau ramai orang, sudah pasti lar kita memerlukan pentadbir tanah untuk menguruskan isu berkaitan dengan tanah.. Siapakah orang itu?? Sudah pastilah pentadbir-pentadbir tanah.

SGHL 1022 : Malaysia Legal System
Let’s know deeply into this subject..
Malaysia Legal System atau lebih dikenali sebagai Sistem Perundangan Malaysia merupakan satu- satu subjek yang memerlukan kefahaman dan penghafalan. Nama pun undang-undang.. Awal-awal belajar kos nie ingatkan akan belajar undang-undang mengenai tanah sahaja tetapi jangkaan saya dan rakan-rakan adalah salah sama sekali.Ternyata kami kena belajar  undang-undang daripada peringkat awal termasuklah undang-undang kontrak, undang-undang sivil, tort dan sebagainya.Waktu korang belajar subjek nie korang akan rasa korang sudah seperti seorang peguam sebab korang akan gunakan kes untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Kalau korang nak tahu lebihnya kos pentadbiran tanah dan pengurusan harta tanah adalah dari segi undang-undang..Kos pentadbiran tanah nie banyak go deeply about law.  Boleh dikatakan Buku Kanun Tanah Negara  1965 akan menjadi kawan kita sampai akhir sem..Kalau korang masuk sem 3, korang akan explore setiap seksyen dalam buku KTN nie..Untungnya belajar subjek nie apabila korang faham setiap  seksyen dalam KTN dan, korang akan nampak pelbagai undang-undang yang ditetapkan di dalam tanah.. Maksudnya dekat sini, setiap sesuatu yang ingin kita bangunkan di atas tanah, perlu merujuk buku ini. Jika korang langgar syarat-syarat yang telah diperuntukkan korang  akan disaman atau dikenakan apa-apa tindakan.

SGHL 1043 : Building technology
Subjek ini sangat fun dan interest..Kalau korang nak tahu belajar subjek  nie pelbagai persoalan yang yang berkaitan dengan pembangunan akan terjawab..
Persoalan pertama: Bagaimana sesuatu bangunan itu dibangunkan?
Persoalan kedua : Bagaimana untuk menentukan bahan yang sesuai untuk digunakan untuk membuat sesuatu pembangunan itu?

Persoalan ketiga : Bagaimana pula untuk menentukan kemasan di dalam bangunan tersebut..

Jika tadi korang merasakan korang seorang peguam sekarang korang akan merasa korang seorang engineer plak..Apabila korang belajar subjek nie korang akan diberikan assignment iaitu korang perlu ke satu tapak lokasi pembangunan  untuk meninjau proses2 sebelum, semasa, dan selepas mendirikan sesuatu bangunan tersebut.. Contohnya korang dapat tengok bagaimana cerucuk ditanam di bawah tanah, bahan-bahan yang digunakan untuk menguatkan lagi bangunan tersebut dan lain-lain lagi..

SGHL 1033 :Principle and Methods Of Valuation

Peguam sudah, engineer pown sudah sekarang korang akan merasakan diri korang menjadi seorang penilai plak..Subjek nie banyak melatih saya dan rakan-rakan untuk berkomunikasi dengan orang..nak tahu sebab apa?sebab utamanya banyak assignment ke arah kerja luar..Awal-awal sem lagi kami sudah didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan inspection rumah,bangunan,kedai-kedai dan lain-lain lagi..Walaupun dalam seminggu tu berapa kali kena keluar untuk dapatkan maklumat property tapi moment itu lar yang paling best..Kalau semua nak tahu, waktu  membuat inspection dan penilaian sesuatu property tu, kita akan merasa diri kita nie seorang yang professional sebenarnya sebab kena bergaul dengan orang atasan. Selain itu saya dan rakan-rakan juga belajar bagaimana untuk menganggarkan nilai sesuatu harta tanah itu dengan menggunakan method-method yang berbeza. Untuk pengetahuan semua, kalau korang memang terror subjek nie korang boleh menjadi penilai yang berdaftar di bawah Board of Valuer.

Okay guys rasanya itu sahaja kowt yang saya dapat kongsikan dengan anda semua..

Masuk u confirm anda takkan serabai

K lar baiiiiiiiiiiiii…..

   


                                                                                   Ditaip time hujan turun oleh Nurina Busyra

No comments:

Post a Comment