Followers

Friday, October 23, 2015

Sarjana Muda Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) di Universiti Teknologi Malaysia


Assalamualaikum semua.

Macamana harini ? Harini ramai yang cuti kan ? Yang kat Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dah confirm-confirm hari Jumaat cuti. Yang kat negeri lain tu pulak, adik-adik yang bersekolah pun kebanyakannya masih lagi cuti sebab jerebu. Pasal jerebu ni, saya tak tahu nak bagi comment macamana. Tapi takpe la. Jerebu ni pun salah satu ujian daripada Allah SWT. Jangan merungut okay ? 

Okay, harini saya nak perkenalkan kat korang semua tentang ijazah Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) di UTM. Korang pernah ke dengar pasal kewujudan program ni ? Seriously cakap, dulu sebelum dapat offer program ni, memang tak pernah dengar langsung pasal pentadbiran dan pembangunan tanah. Masa buat permohonan UPU tu, kakak saya yang suruh saya apply program ni. Saya ikut je la bila nampak perkataan pentadbiran tu sebab saya memang target nak kerja kat office, taknak guna banyak fizikal sangat sebab saya ada masalah kesihatan. Tapi tu la, Allah Maha Kaya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Nak tahu kenapa saya cakap macam tu ? Sebab, jangkaan tentang program pentadbiran dan pembangunan tanah ni cuma belajar kat kelas, tak guna banyak pergerakan fizikal tu semua adalah SALAH SAMA SEKALI. Semester pertama dah dapat assignment tentang proses pembinaan kawasan perumahan, kena turun site apa semua. HAHAHA. Tapi, seriously walaupun penat, pengalaman tu sangat berharga. Alhamdulillah.

Back to the topic, Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) ataupun secara singkatannya dipanggil LAD oleh warga UTM merupakan salah satu program yang ditawarkan di Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah di bawah seliaan Jabatan Harta Tanah. Di bawah Jabatan Harta Tanah, ada dua program yang ditawarkan. Pertama, Land Administration And Development yang saya tengah terangkan sekarang dan satu lagi program Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah). Dua program ini mempunyai perbezaan yang in shaa Allah saya atau kawan-kawan saya yang lain akan terangkan dalam entry yang akan datang. 

Antara sub-diciplines yang covered by this programme ialah :

1) Property Development
2) Property Valuation
3) Property Marketing
4) Property Investment
5) Property Economies

Untuk peluang pekerjaan pulak, programme ni mempersiapkan mahasiswa untuk bekerja dalam sektor awam, sagensi kerajaan dan sektor swasta.

SEKTOR AWAM

  1. Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah
  2. Pendaftar di Pejabat Tanah dan Galian Negeri
  3. Bahagian Pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan
  4. Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  5. dan mana-mana jawatan lain di peringkat persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  6. Organisasi dan agensi lain yang kebiasaannya menggaji graduan Land Administration termasuklah agensi yang terlibat secara langsung dalam penilaian dan Bahagian Servis Harta Tanah, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Pihak Berkuasa Tempatan
AGENSI KERAJAAN

  1. Urban Development Agency (UDA)
  2. Regional Development Authority (RDA)
  3. State Economic Development Corporation (SEDC)
  4. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  5. Lembaga Urusan & Tabung Haji
  6. FELDA
  7. FELCRA
  8. Dan mana-mana agensi yang mempunyai bahagian spesifik yang berkaitan dengan bidang pentadbiran dan pembangunan tanah.
SEKTOR SWASTA

  1. Pemaju Harta Tanah
  2. Konsultan Harta Tanah
  3. Institusi Kewangan
  4. mana-mana yang berkaitan.

Okay, sekarang kita dah tahu tentang peluang pekerjaan dalam bidang LAD. Saya nak bawa anda semua lebih faham apa yang mahasiswa/i LAD ni belajar sepanjang 8 semester pengajian pulak.

YEAR 1

SEMESTER 1

SGHL 1012     - Introduction to Land Administration
SGHL 1022     - Malaysia Legal System
SGHL 1043     - Building Technology
SGHL 1033     - Principles and Method of Property Valuation
UICI   1012     - Islamic and Asian Civilization
UHAS 1172    - Malaysia Dynamics
Total Credits : 16

SEMESTER 2

SGHL 1063     - Contract, Agency and Torts Law
SGHL 1073     - Investment Valuation
SGHL 1083     - Surveying and Computation
SGHL 1093     - Town and Country Planning
ULAB 1112    - English For Academic Communication
UHAS 2122    - Critical and Creative Thinking
UKQ* 1**1    - Co-curriculum I
Total Credits : 17


YEAR 2

SEMESTER 1

SGHL 2113     - Applied Valuation
SGHL 2123     - Property Management
SGHL 2133     - Real Estate Law
SGHL 2102     - Computer Application in LAD
SGHL 2143     - Database System and Management
UICI   2022     - Human, Technology and Science
UHAS 2**2    - UHAS Elective
Total Credits : 18

SEMESTER 2

SGHL 2153     - Property Taxation
SGHL 2173     - Building Law & Regulation
SGHL 2163     - Building Services and Maintenance
SGHL 2183     - Cadastral Studies
SGHL 3242     - Accounting and Financing Management
ULAB 2112    - Advanced English for Academic Communication
UKQ* 1**1    - Co-Curriculum II
Total Credits : 17


YEAR 3

SEMESTER 1

SGHL 3203     - Real Estate Marketing Agency
SGHL 3233     - Land Acquisiton & Compensation
SGHL 3212     - Land Development Practices
SGHL 3193     - Urban Land Economics
SGHL 3223     - GIS and Spatial Analysis
ULAB 3**2     - ULAB English (Elective)
Total Credits : 17

SEMESTER 2

SGHL 3259     - Industrial Training - Practical
SGHL 3263     - Industrial Training - Seminar
Total Credits : 12


YEAR 4

SEMESTER 1

SGHL 4273     - Development and Investment Appraisal
SGHL 4283     - Statistics and Data Analysis
SGHL 4293     - Housing Development LAw
SGHL 4302     - Undergraduate Project I
SGHL 4**3     - Elective 1
SGHL 4**3     - Elective 2
Total Credits : 17

SEMESTER 2

SGHL 4323     - Ethics & Professional Practice
SGHL 4333     - Litigation and ADR
SGHL 4314     - Undergraduate Project II
SGHL 4**3     - Elective 3
SGHL 4**3     - Elective 4
UHAS 3012    - Entrepreneurship & Enterprise Development
Total Credits : 18

OVERALL TOTAL : 132 Credits


List Of Elective Courses

SGHL 4503     Project Management
SGHL 5413     Corporate Land Management
SGHL 4523     Property Finance
SGHL4533      Rural & Regional Planning
SGHL 4543     Sustainable Development
SGHL 4553     Islamic Land Law
SGHL 4563     Environmental Management
SGHL 4573     Tenancy Law
SGHL 4583     Administrative Law
SGHL 4593     Environmental Geology
SGHL 4603     Law of Succession
SGHL 4613     Marine Cadastre

Okay guys, untuk harini ni je la kot yang sempat saya share. In shaa Allah, i'll update another entry soon. Kalau saya tak update, kawan-kawan saya akan update untuk you all. Anything nak tanya, you guys boleh tanya kat chatbox FAHINsembang kat sebelah atau emailkan kepada kami fahinjourney@gmail.com

See ya !



Ditaip laju-laju oleh FARIZAN HAJI MOHAMAD

37 comments:

  1. Boleh sy tau sebelum ni diploma awk ambil jurusan apa?

    boleh ke kita nak amik Degree psal harta tanah tp kita drp jurusan pentadbiran awam eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Saya tak ambil diploma. Saya dulu ambil STPM. Mostly student diploma yg ambil degree pentadbiran tanah datang drpd diploma ukur tanah dan diploma pengurusan harta tanah UTMKL.

      Delete
    2. kak saya nak tnya pointer akak masa result stpm berapa masa mintak kos ni?

      Delete
    3. Hai dik. Sorry for the late reply. Saya stpm tahun 2013. Alhamdulillah i got 3.75.

      Delete
    4. Saya nk tye. .Akk ambik stpm aliran sains ke sastera ?

      Delete
  2. Apa beza pengurusan hartanah dgn pentadbiran dan pembangunan tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurusan hartanah more kepada valuation which is lebih kepada pengiraan. Pentadbiran dan pembangunan tanah (LAD) pula more kepada pentadbiran. LAD belajar law sampai 4th year. Pengurusan hartanah pun belajar law tapi x sebanyak LAD. LAD juga belajar valuation, pengiraan. Honestly, dua² course ni lebih kurang. Tapi ada perbezaannya yg tersendiri.

      Btw, hidayah dapat course apa ? 😊

      Delete
    2. Thanks :) Saya dapat course LAD kat utm

      Delete
    3. Hai junior ! Hope can chit chat with you later.

      Delete
  3. assalam.hye ..bole saya dapatkan nota SGHL1073..investment valuation..saya student baru.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry azlan. Baru baca your comment. If you still need it, you can drop your email to farizanhajimohamad@gmail.com

      Delete
  4. Hahaha owh ok. Saya kenal akak

    ReplyDelete
  5. Kak kos ni degree kat skudai kan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis Wan Solehah. Degree LAD, kat utm skudai.

      Btw, dapat course LAD ke ? 😉

      Delete
  6. Kak kos ni degree kat skudai kan?..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Best sangat belajar LAD. Saya tamat belajar 2010. Suka banyak belajar pasal semua, pensyarah best2. Rindu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Even dah grad, rasa rindu sangat. Lecturer semua baik-baik dan sporting!

      Delete
  9. Saya rasa macam berminat nak ambik course ni, tapi mostly orang macam memperlekehkan course ni maybe sebab dorang taktau detail about this course. So far okay tak course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dinafikan, it is an ugly truth about this course. Ramai yang perlekehkan course ni sebab dorang tak tahu apa sebenarnya kita belajar. So, it is our duty la untuk educate orang luar tentang LAD. 😊. saya dah grad in 2018. Alhamdulillah, memang tak silap belajar dalam course ni. I can apply so many things yang belajar dari course ni dalam kehidupan seharian.

      Delete
  10. Assalammualaikum, saya baru ditawarkan kos ni kat UTM, sebelum ni saya ambil Dip. in Property Management, so ada senarai subjek yang disenarai kat atas tu yang saya dah ambil masa dip. Then andai kata saya ambil course ni, subjek yg saya dah ambil tu, kena ambil balik atau macam mana ye? and mmng tempoh pengajian 4 thn ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nope. You can just transfer your credit. Tak perlu ambil balik subject tu 😊

      Delete
    2. Btw what pointer u get when u diploma in property MANAGEMENT

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalam. R u still studying atau sudah bekerja?

    Saya nak tanya, apa beza fungsi untuk land management dengan land administration. Saya selalu confius.

    Tq.

    ReplyDelete
  13. as salam..just nk tanye.
    dulu dip saye amik land survey.kalau skrg nk amik LAD...xde kredit la yg blh di transfer ye?
    blh kasi x nota2 LAD?
    email : aintz2012@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum hye sis..sy sara..sy baru dpt offer kos LAD ni..btw boleh srba sikit review kos ni berkenaan dgn ape..sy dpt pjj n skrg kje di felcra..😁

    ReplyDelete
  15. ASSALAMUALIKUM ,boleh saya tahu buku rujukan atau nota yang boleh saya cari untuk courses petandbiran dan pembangunan tanah

    ReplyDelete
  16. Assalam..nak tanya dalam kelas mostly guna bahasa penghantaraan in english or malay.?

    ReplyDelete
  17. Sy batch 2000-2003..time tu under FKSG

    ReplyDelete
  18. hai, kos ini banyak berkaitan dengan undang-undang ke?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya nak tanya tentang master di utm tu. Ada ke berkaitan dengan pentadbiran tanah ni?

    ReplyDelete
  20. Hye Saya nak Tanya Kos ni senang ke nak dapat kerja, based on your experience after belajar terus dapat kerja or 2-3 bulan belum bekerjA?

    ReplyDelete
  21. hi kos ni perlu mahir dlam maths ke?

    ReplyDelete